Aku seorang yang lemah , aku manusia biasa , aku tidak perdaya , aku bukan suami , aku belum ada tanggungan , aku bukan dilahirkan untuk menjaga kau , aku bukan untuk engkau !
Aku seorang pelajar , seorang yang makan maggi goreng malam-2 buta , yang pentingkan diri sendiri , ada aku kesah ? aku nak berjaya , kalau kau nak ikut sama dengan aku , kau kena lah berusaha , boleh ?
Tapi kenapa ? kenapa engkau pentingkan hal keduniaan ? mengapa ? mengapa kau pentingkan sangat diri aku ? maafkan aku sebab pernah buat kau sayangkan aku , dan sekarang lepaskan aku , aku mahu bebas !
Aku mahu bebas buat keputusan , aku mahu bebas berjaya , aku mahu bebas berusaha , aku mahu semua itu . Aku mahu !
Engkau , kenapa engkau ? huh ? kenapa ? kau tiada matlamat ? kau senangkan ? kau mahu selesakan di masa akan datang ? tapi aku tidak selesa sekarang , kenapa kau mendesak ? Ohhhhh dunia , begitu kejam !
Seharian aku menunggu mu , mengapa tidak muncul ? Aku rasa kosong , setiap masa aku tunggu kau , mana kau ? Oh , kau ada kerja , tapii , aku bagaimana ? Aku perlukan kau , aku sayang kau , percaya tak ? Lama dah rasanya kan ? ya , begitu lama , dan kau masih kekal di sini , di dalam hati .
Kau ibarat api yang membakar semangat ku ! kau buat aku bersemangat dan sanggup buat apa saja , percaya tak ? percayalah , aku tidak akan berdalih , kau ! yang kat belah sana tu , datang lah sini ! aku mahu lihat dengan lebih rapat ! sungguh tenang diri ku , kau tahu ? tahu ? ya , kau kene tahu .
Sekian lama kau menetap di hati , aku mengucapkan terima kasih ! Kau tidak pernah berubah fikiran untuk pergi jauh , kau sentiasa di hati , kau tahu ? Kau tak pernah tinggalkan aku , aku sayang kau !
"Bismillahirahmanirahim , Ya Allah Ya Tuhan ku , aku mohon pertolongan kepada Mu Ya Allah ! Kau simpanlah dia untuk aku di masa hadapan Ya Allah ! Sekiranya dia jodohku Ya Allah ! Aku mohon kepadamu Ya Allah ! Agar kami dapat membina satu keluarga yang bahagia Ya Allah , untuk mengejar keredhaan Mu ! Amin"
Kerap aku berdoa , agar kau selalu milikku , aku berharap kau tidak berubah hati .
Andai kata kau telah berjumpa seseorang yang lebih baik daripada ku , yang boleh membimbing kau ke jalan yang diredhai , aku akan sentiasa mendoakan kau dan dirinya , aku akan merasakan bahagia jika kau milikku dan aku juga akan merasa bahagia jika kau milik orang yang lebih baik daripada ku .
Aku akan menunggu kau di menara gading !
Kita akan berjaya bersama , Insyaallah !
Kau lambat kahwin ? Aku tunggu kau ! :)

No comments:
Post a Comment